Ulamak Dengan Pramugari
Gambar sekadar hiasan
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, beliau pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Pramugari menegurnya bernada marah "Encik! Encik tidak dibenarkan memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan sinki".
Ulamak bertanya dengan suara lembut dan penuh rendah diri "Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?"
Peramugari tersebut dengan angkuh & bongkak menjawab "Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari. Kenapa...?."
Ulamak dengan sifat selamba beliau membalas "Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari."
0 comments:
Post a Comment