Sheikh Ahmad Yassin
Sheikh Ahmed Ismail Yassin (bahasa Arab: الشيخ أحمد إسماعيل ياسين; 1937 – 22 Mac 2004) adalah pengasas pertubuhan Palestin Hamas. Dilahirkan di desa Al-Jaurah, pinggiran Al-Mijdal, selatan semenanjung Gaza (sekarang dekat Ashqelon di Israel), tanggal lahirnya tidak diketahui secara tepat: menurut pasport Palestinnya, beliau lahir pada 1 Januari 1929, namun beliau telah menyatakan sebenarnya beliau telah dilahirkan pada 1938, sedangkan sumber Palestin mendaftarkan tahun kelahirannya sebagai tahun 1937. Ketika masih kanak-kanak, beliau dan keluarganya telah dipaksa menjadi pengungsi yang diakibatkan oleh perang dengan Israel pada tahun 1948.
Yassin mendirikan Hamas (al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah) dengan rakannya Abdel Aziz al-Rantissi dan Khaled Meshal pada tahun 1987. Sheikh Ahmed adalah seorang yang hampir buta dan juga seorang kuadriplegia akibat kemalangan sukan pada masa mudanya sehingga beliau perlu menggunakan kerusi roda sepanjang sisa hidupnya. Beliau merupakan pejuang Intifadah, mujahid dakwah yang berjuang menegakkan Islam dan penghulu pejuang kemerdekaan Palestin.
Sheikh Ahmed Yassin dibunuh pada hari Isnin, 22 Mac 2004 ketika helikopter Israel menghentam 3 buah roket ke atas kenderaannya setelah beliau menunaikan Solat Subuh.
Source: Wikipedia
0 comments:
Post a Comment